Posted by : Unknown
Rabu, 07 September 2016
Sejarah Asal Usul dajjal
Asal Usul Dajjal
– Teringat waktu masa kecil sering diceritakan tentang dajjal, baik di
sekolah maupun di lingkungan rumah, dimana katanya dajjal itu adalah
orang yang sangat besar, tinggi, bahkan ada yang bilang tingginya sampe
mentok langit, mempunyai mata satu, dan dalam keningnya ada tulisan
“Kafir” menggunakan bahasa arab, dan akan muncul ketika hari kiamat.
Sangat mengerikan jika membayangkan dajjal, dan dalam cerita tersebut
juga ada pesan kalo nanti di Tanya oleh dajjal untuk memilih antara
surga dan neraka, maka pilihlah neraka (bagi yang mau surga) dan bagi
orang yang mau neraka, maka memilih surga, jadi intinya terbalik,
surganya dajjal adalah neraka kita, dan nerakanya dajjal adalah surga
bagi kita. Begitulah cerita tentang dajjal yang sudah tersebar luas
dimasyarakat kita. Sebenarnya bagaimana sejarah asal usul dajjal?
Bagaimana silsilah keluarganya? Dan dimanakah sekarang dajjal tinggal?
Serta berapa lamakah dia akan hidup setelah kemunculannya nanti? Nah..
Bagi Anda yang memang ingin tahu tentang asal usul dajjal, kehidupan
dajjal dan lain sebagainya, berikut ini duniabaca.com kutip dari
berbagai sumber tentang asal usul sejarah dajjal, sebagai bahan pengetahuan kita bersama.
Asal-Usul Keluarga Dajjal:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya
“MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah
swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya
turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di
tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yang tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang
perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun
Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa
Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan
makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa kecil tidak diketahui dengan jelas.
Sifat Badan Dajjal:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yang kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya yang paling ketara sekali
ada dua. Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis
yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini
dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggal Dajjal Sekarang:
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”,
bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah
pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda
boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita
bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh
Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama Dajjal akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat
ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya
adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari
biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerusakan itu
ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa
lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh hari. Hariyang pertama seperti setahun dan
hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu.
Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti
hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di
hari yang panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itudengan menentukan kadar yang
bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah
supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut
perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu
tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu
sembahyang Zhuhur, maka hendaklah kita sembahyang Zhuhur, dan apabila ia
telah berlalu selepas sembahyang Zhuhur itu tiga jamsetengah misalnya,
maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah
seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga
habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun
danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang
setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar
biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengankemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan
tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di
saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang
percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di
daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga
ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org
yangbersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu
dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal
akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yangtidak percaya
dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah
s.a.w. bertanya: “Jadi apa yang dimakan oleh org Islam yang beriman pada
hari itu wahaiRasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang
dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir
itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat
yang benar adalahsebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan
Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah
Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan
org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu
seperti kepantasanjet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau
lebih pantas lagi dari pada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al
Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R
Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat
memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan
Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi
syaitan, inilahmasa yang terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak
cucu Adam a.s.